Chang Hook mengendalikan jentera pemadat ketika proses pelupusan barang kes di IPD Brickfields, hari ini.

IPD Brickfields lupus 12,230 barang kes bernilai RM279,490

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,230 unit barang kes bernilai RM279,490 serta wang tunai RM3,481 dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Bil. 2/2026 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pelupusan itu membabitkan 145 kertas siasatan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah bagi tempoh 2016 hingga 2026.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 74 kertas siasatan melibatkan barang kes am, 45 kertas siasatan membabitkan barang kes noda/hiburan, 17 kertas siasatan berkaitan barang kes perjudian dan sembilan kertas siasatan melibatkan barang kes kontraban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan pelupusan itu turut melibatkan 166 unit barang kes daripada lapan kertas siasatan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil bagi tempoh 2025 hingga 2026.

Kesemua barang kes yang terlibat turut mendapat Perintah Pelupusan Barang Kes di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN