RAKAMAN video menunjukkan keadaan gelap di Pujon akibat jerebu walaupun jam menunjukkan pukul 8 pagi. - AGENSI

Penduduk gempar siang ‘bertukar’ malam  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan langit gelap kemerahan beredar di media sosial dan dilaporkan dirakam di Pujon, wilayah Kalimantan Tengah, lapor laman berita tempatan.

Dalam video dikatakan dirakam sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) kelmarin, suasana sekitar kelihatan gelap dengan langit berwarna merah kecoklatan, membuatkan keadaan siang hari kelihatan seperti menjelang waktu malam. 

Waktu dan lokasi sebenar klip video tersebut belum dapat disahkan secara bebas. Bagaimanapun, Kabupaten Kapuas yang menempatkan Pujon, memang menghadapi kebakaran hutan dan tanah serta dilanda jerebu.

Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB) pada 23 September lalu memberitahu, kebakaran hutan dan tanah di di Kabupaten (kawasan pentadbiran) Kapuas terus diperkukuhkan termasuk melalui operasi pemadaman di darat, koordinasi lintas sektor, serta pengumpulan data keadaan di lapangan.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN