fbpx
MOHD Nadzim dilaporkan kritikal akibat kemalangan di Jalan Penarak, Langkawi Khamis lalu.

Lelaki kritikal motosikal langgar kabel curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Seorang lelaki dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas motosikal yang dia tunggang terbabas setelah terlanggar kabel disyaki dicuri di Jalan Penarak, di sini Khamis lalu.

Mangsa, Mohd Nadzim Yahya, 58, yang mengalami kecederaan parah pada muka dan kaki menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal dari arah Penarak menghala ke Masjid Al Qadim, Kampung Kuah.

“Mangsa kemudian terbabas akibat melanggar objek di atas jalan raya yang dipercayai wayar kabel. Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dari motosikal dan mengalami kecederaan pada muka dan kaki,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN