Keadaan kemalangan di Jalan Sepanggar berhampiran Taman Jaya Diri, Sepanggar awal pagi tadi. ‎

Empat maut, kereta langgar lori tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU — Empat lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di Jalan Sepanggar berhampiran Taman Jaya Diri, Sepanggar awal pagi tadi.
‎
‎Tiga mangsa dikenal pasti sebagai Ryanniel Robin, 23; Nicholas Thomas, 24, dan Axelord Nigel Alexander, 21, manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum diperoleh.
‎
‎Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu Perodua Viva dinaiki semua mangsa terbabit dipercayai terbabas sebelum merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan.
‎
‎Difahamkan akibat pelanggaran itu, lori berkenaan dipercayai terdorong sebelum merempuh tiga lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.
‎
‎Kesemua mangsa tersepit di dalam kereta sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mereka.
‎
‎Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN