fbpx
GAMBAR fail menunjukkan logot Bitget. – AGENSI 

Bursa kripto digodam lebih RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Platform bursa kripto Bitget mengumumkan kelmarin bahawa pengodam telah mencuri aset bernilai AS$351.6 juta (RM1.43 bilion), sambil menambah pihaknya mengesyaki serangan siber itu mempunyai kaitan dengan Korea Utara.

“Simpanan pengguna selamat,” kata Bitget dalam satu kenyataan, sambil menambah, serangan siber itu dikesan malam kelmarin.

Menurut Bitget, kerugian berkaitan insiden tersebut akan ditanggung menerusi dana perlindungannya berjumlah lebih AS$464 juta(RM1.89 bilion).

Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, Gracy Chen berkata, syarikat itu memiliki aset sendiri lebih AS$1 bilion (RM4.07 bilion).

“Serangan ini konsisten dengan teknik yang digunakan oleh kumpulan penggodam yang dikaitkan dengan DPRK (Korea Utara),” tambahnya.

Chen berkata, pengeluaran oleh pengguna digantung sementara, manakala urusniaga dan deposit terus beroperasi seperti biasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN