fbpx
WANG tunai yang ditemukan di tempat duduk penumpang. - Jabatan Kastam Thailand/Facebook

Thai berkas rakyat Malaysia bawa wang tunai RM870,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki warga Malaysia ditahan selepas memasuki Thailand dengan membawa wang tunai berjumlah RM870,000, melebihi had dibenarkan iaitu 50,000 baht (RM6,089), lapor laman berita Thaiger. 

Suspek berusia 40 tahun diberkas selepas pegawai kastam menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan di sebuah pos  pemeriksaan sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Pemeriksaan ke atas kenderaan membawa kepada penemuan wang tunai yang disembunyikan di dalam bungkusan dan diletakkan di tempat duduk penumpang. 

Kenderaan itu didaftarkan di Thailand, manakala identiti dan pekerjaan suspek tidak didedahkan.

Masih belum diketahui sama ada terdapat individu lain di dalam kenderaan sama. 

Berdasarkan undang-undang Kastam Thailand, pelancong yang membawa wang tunai atau syiling mata wang asing bernilai lebih AS$20,000 (RM81,424) atau setaraf dengannya diwajibkan membuat pengisytiharan kepada pegawai di pusat pemeriksaan. 

Tiada had jumlah mata wang asing yang dibenarkan dibawa masuk ke negara tersebut, dengan syarat proses pengisytiharan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

Polis masih menyiasat untuk mengenal pasti asal usul wang tersebut dan tujuan ia dibawa masuk ke Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN