fbpx
GAMBAR 20 Ogos lalu menunjukkan sebuah kafe Starbucks di Austin, Texas. – AFP

Starbucks akan tutup 250 kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Starbucks akan menutup 250 lagi kafe di rantau Amerika Utara dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pendapatan, kata syarikat kopi itu semalam.

Penutupan tersebut untuk mengurangkan premis kurang berprestasi berikutan usaha penambahbaikan di Amerika Utara di bawah Brian Niccol  yang menyertai Starbucks sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada September 2024.

“Kami telah menyemak portfolio kami di Amerika Utara dan mengenal pasti lokasi di mana kami percaya kami tidak dapat menyampaikan pengalaman  kami inginkan secara konsisten untuk pelanggan dan rakan kongsi, atau di mana kami tidak nampak laluan ke arah prestasi kewangan yang boleh diterima,” kata Ketua Pegawai Operasi Mike Grams.

Menurutnya, penutupan itu bersamaan satu peratus daripada 18,000 kafe Starbucks di Amerika Utara.

Penutupan yang diumumkan semalam  itu menyusuli langkah setahun lalu untuk menutup ratusan kedai lain di Amerika Utara apabila Niccol turut mengumumkan bahawa 900 jawatan pentadbiran akan ditamatkan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN