RAIS tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh bersama isterinya, Masnah dan anak, Danni bagi sebutan kes di bawah Akta Hasutan.

Rais Yatim tiba di Mahkamah Sesyen Melaka bagi kes Akta Hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Bekas Senator Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim tiba di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini bagi pertuduhan di bawah Seksyen Akta Hasutan 1948.

Ia dipercayai berkaitan krisis Institusi Diraja Negeri Sembilan susulan majlis pemasyhuran Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah resort di Alor Gajah, dekat sini pada 5 Jun lalu.

Terdahulu, veteran politik itu tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan diiringi isteri, Puan Sri Masnah Muhamat serta anak, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Pengerusi Parti Wawasan Negara itu dijangka didakwa di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin bagi kesalahan di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 [Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda maksimum RM5,000.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN