fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Tun_jamal di laman Threads.

[VIDEO] Pecah kereta jemaah tabligh, pencuri pulangkan semula barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang didakwa memecah masuk sebuah kereta milik jemaah tabligh sebelum memulangkan semula barangan dicuri mencuri perhatian pengguna media sosial.

Kejadian itu tular menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @Tun_jamal yang memaparkan rakaman seorang lelaki bermotosikal dipercayai datang semula ke lokasi kejadian.

Menurut pemilik hantaran, lelaki terbabit didakwa memecahkan kereta milik seorang jemaah tabligh sebelum melarikan barangan yang terdapat di dalam kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan, suspek dikatakan berpatah balik sebelum membaling semula barangan yang diambil ke kawasan premis berhampiran.

“Dia pecah kereta seorang tabligh, tapi dia pulang balik barang kemas dengan cara baling balik ke pejabat.

“Allah lindung orang tabligh itu, alhamdulillah,” ujarnya.

Rakaman berkenaan turut memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal di tepi jalan lalu melemparkan semula barangan yang dicurinya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna Threads yang rata-rata tertanya-tanya punca lelaki terbabit bertindak memulangkan semula barangan berkenaan.

Seorang pengguna, @Bukharymustapha secara berseloroh mengaitkan tindakan itu dengan doa pendinding yang diamalkan jemaah tabligh berkenaan.

“Tabligh itu ada baca doa pendinding.Pencuri itu boleh ambil, tapi dia akan rasa macam-macam membelenggu diri dia,” komennya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN