fbpx
NANI sedar perlu berdepan sembilan atlet lontar peluru yang hebat pada temasya kali ini, namun bersedia untuk melakar kejutan.

Sukan Asia: Nani enggan terlalu merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLET lontar peluru wanita negara, Nani Sahirah Maryata enggan terlalu merendah diri apabila turun menggalas cabaran Malaysia pada temasya Sukan Asia 2026 yang berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.

Nani yang dijangka memulakan saingan esok mengakui sudah bersiap sedia sepenuhnya, terutamanya selepas melihat senarai nama atlet-atlet negara lain yang disifatkan memiliki kualiti cukup baik.

Bagaimanapun, atlet berusia 25 tahun itu enggan terlalu memikirkan mengenai kemampuan pencabar-pencabar, sebaliknya kekal dengan misi untuk meleburkan rekod kebangsaan dan mara ke pentas final.

“Persiapan untuk ke Sukan Asia ini sebenarnya sudah bermula sejak Januari lalu, tetapi agak sulit sedikit kerana saya ada mengalami kecederaan. Sebaik sahaja pulih, saya mula melakukan persediaan.

“Saya sudah tengok senarai nama pesaing di sana dan ada sembilan orang yang hebat. Kalau mereka hebat, saya pun hebat juga dan saya akan buat yang terbaik selain cuba melakukan rekod kebangsaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada temasya Sukan IPT 2026 yang berlangsung awal bulan ini, Nani menampilkan aksi cukup baik apabila berjaya melakukan lontaran 15.86 meter (m), menghampiri rekod kebangsaan 16.36m miliknya sendiri.

Sementara itu, dia juga mengakui melakukan lontaran yang cukup konsisten ketika sesi latihan, sekali gus menyemarakkan lagi semangatnya untuk memperbaharui rekod kebangsaan di Sukan Asia nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN