fbpx
Salah satu gimik pelancaran bersempena pelancaran platform digital VYBE Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

VYBE meterai kerjasama dalam segmen media, pendidikan, digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Platform  VYBE Malaysia telah dilancarkan seiring dengan sambutan Hari Malaysia bertujuan untuk menghubungkan teknologi, pencipta kandungan, jenama dan industri filem dalam satu ekosistem.

Bersempena pelancaran tersebut, beberapa kerjasama strategik telah dimeterai dengan pelbagai rakan platform bagi melancarkan lagi pengoperasian platform berkenaan agar ia dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasarannya.

Kerjasama strategik itu dimeterai dengan beberapa syarikat, antaranya adalah Lincoln Professional Academy, Yayasan Dato Malaysia, TTT Bullion (M) Sdn Bhd, Monochrome, QR Fashion, AI Robo dan Media Prism.

Usaha sama itu akan meliputi bidang pendidikan, AI, aset digital, media, perniagaan dan ekosistem kandungan, sekali gus memperluas jaringan VYBE dengan pelbagai sektor.

Pengasas VYBE dan Xing Yu Group dan VYBE, Dr. Kervis Soo berkata, platform digital tersebut akan merapatkan jurang antara pencipta kandungan, penggiat seni, jenama dan masyarakat, ia juga akan mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama penstriman langsung dan memberi nilai tambah serta peluang pasaran baharu kepada penggiat media digital.

“VYBE berharap dapat menghubungkan lebih banyak sumber dan bakat supaya wujud ruang kerjasama yang lebih luas dalam satu ekosistem,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran platform tersebut menerusi acara Xing Yu Grand Honours × The Shining Award 2026 di D Theatre, Hextar World, di sini  baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN