fbpx
JEREBU tebal menyelubungi Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Sumatera Selatan semalam. - ANTARA

Negara jiran tidak ‘complaint’ pasal jerebu – Jurucakap Kementerian Luar Indonesia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia menyatakan bahawa negaranya tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada negara-negara jiran di Asia Tenggara selepas jerebu rentas sempadan melanda rantau itu selama beberapa bulan, lapor laman berita Jakarta Globe semalam. 

Kebakaran hutan dan tanah gambut di seluruh Kalimantan dan Pulau Sumatera menyebabkan jerebu tebal menyelubungi sebahagian Malaysia, Singapura dan Filipina. 

Dengan kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, sebilangan pelajar terpaksa beralih kepada pembelajaran dalam talian (PdPR). 

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Yvonne Mewengkang berkata, tiada negara Asia Tenggara mengemukakan aduan berhubung jerebu yang berterusan itu. 

“Kami tidak menerima sebarang surat bantahan daripada negara-negara jiran di rantau ini atau jiran kami. Tidak ada perkara sedemikian sehingga hari ini,” kata Yvonne kepada wartawan.

Seorang lagi jurucakap kementerian tersebut, Vahd Nabyl A Mulachela menyatakan, ahli-ahli ASEAN akan mengeluarkan laporan jerebu harian, termasuk pemetaan pergerakan asap untuk langkah-langkah pencegahan. 

“Penyelarasan bersama juga sedang dijalankan. ASEAN mengeluarkan amaran ‘tahap 3’ atau ‘risiko jerebu merentasi sempadan yang teruk’. 

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim telah membincangkan isu kebakaran hutan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Sidang Kemuncak BRICS di India pada hujung minggu lalu. 

Kedutaan Malaysia baru-baru ini menyatakan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dalam ‘pembenihan awan’, iaitu pembenihan cuaca untuk meningkatkan kebarangkalian hujan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN