fbpx
Foto ihsan Facebook Ultras Malaya, UM'07.

FAM terima memorandum Ultras Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan menerima memorandum daripada kumpulan penyokong skuad kebangsaan, Ultra Malaya di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, memorandum itu diserahkan Ultras Malaya selepas berakhir Kongres Luar Biasa tetapi tidak sempat berbincang lanjut kerana situasi tidak sesuai.

Kata Noor Azman, memorandum berkenaan berada dalam perhatian pihaknya dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM (Exco) yang baharu nanti.

“Tadi ada sahabat daripada Ultras datang bawa satu surat. Bawa satu surat datang serahkan kepada saya selaku Setiausaha Agung dan selepas itu dia minta perbincangan.

“Kita bukan nak bincang tadi, tapi sebab polis ramai sangat, tak sesuai. Kita tunggu presiden dan perbincangan dengan EXCO baharu, selepas itu kita akan jumpa. Kita akan serahkan kepada EXCO baharu untuk menilai perkara itu (memorandum),” katanya.

Sebagai rekod, Ultas Malaya sebelum ini melancarkan kempen boikot terhadap aksi Harimau Malaya susulan beberapa isu yang melanda bola sepak negara termasuk kes pemalsuan dokumen tujuh pemain dan Liga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN