fbpx
MUHAMMAD THORIQ dan Md. Samsul meninggal dunia di lokasi selepas terlibat dalam nahas di Bemban, Melaka, malam tadi.

Dua termasuk pelajar UiTM maut, motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Dua penunggang motosikal termasuk seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Gapam berhampiran Petronas Bemban, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, Muhammad Thoriq Thani Ahmad Azam, 21, dan Md. Samsul Mat Halif, 41, yang bekerja sebagai drebar lori meninggal dunia di lokasi akibat parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, nahas berlaku ketika mangsa masing-masing menunggang motosikal dari arah bertentangan.

Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Lagenda ditunggang Muhammad Thoriq dalam perjalanan dari arah Bemban menghala ke Ayer Keroh, manakala Md. Samsul yang menunggang Honda Dash 125 dalam perjalanan dari Ayer Keroh menghala Bemban.

“Setibanya di lokasi, Md. Samsul dipercayai memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhammad Thoriq,” katanya.

Ekoran pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN