Ucapan takziah Fadhlina di atas pemergian Nur Qaira yang di muat naik di media sosialnya, hari ini.

Kematian Nur Qaira: Saya arah KPM ambil tindakan lanjut – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan Unit Integriti kementerian itu untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kematian murid sekolah di Kedah, Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan, 11.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata, tindakan yang diambil itu perlu selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa dan berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak.

“Saya mengikuti dengan penuh rasa duka cita pemergian Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini.

“Saya dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan oleh keluarga,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau menegaskan, KPM memandang serius aspek keselamatan dan kebajikan murid.

“Pada masa ini, keutamaan KPM adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang dan sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini.

“Semoga keluarga Allahyarham anakanda Nur Qaira diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai perkongsian bapa mangsa yang mendakwa anaknya yang mengalami masalah jantung diarahkan seorang guru untuk menyertai aktiviti larian pada sesi pemilihan rumah sukan walaupun surat pengesahan mengenai penyakit Nur Qaira telah diberikan.

Susulan kejadian itu, Nur Qaira didakwa hanya terlantar dan bergantung dengan mesin oksigen sebelum disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN