Shariah Nur Ain membuktikan autistik bukan penghalang untuknya cemerlang dalam akademik di UiTM Sarawak.

Gadis autistik ‘bangkit’ raih Anugerah Naib Canselor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang gadis autistik membuktikan ke­kurangan bukan penghalang apabila dinobatkan sebagai pe­nerima Anugerah Naib Canselor dan meraih keputusan Senarai Dekan (dean’s list) setiap semester sepanjang pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

Sharifah Nur Ain Sayed Mohd. Nizam, 21, disahkan autistik sejak berusia 13 tahun, namun bukan penghalang untuk dia cemerlang selaku pelajar dalam bidang Diploma Sains Kompu­ter.

Katanya, kelainan dirinya mu­­la dikesan ibu bapanya ketika dia berada di sekolah menengah.

“Ketika itu sukar untuk saya menyesuaikan diri di sekolah kerana ada masalah bersosial dan sering menangis setiap hari tanpa sebab.

“Ibu kemudian membawa sa­ya berjumpa pakar psikologi dan menjalani sesi terapi setiap ming­gu. Sejak itu emosi saya semakin teratur dan bertambah baik dan boleh menyesuaikan diri dengan rakan dan guru,” katanya.

Menurut Sharifah Nur Ain, ke­tika di UiTM, dia berdepan cabaran apabila perlu mengurus emosi sendiri tanpa keluarga di sisi terutama ketika ada masalah.

Tambahnya, sikapnya yang gemar berterus terang juga se­ring disalah erti oleh rakan-rakan terutama ketika pengli­batan dalam kerja berkumpulan.

“Saya tidak berapa pandai nak bercakap dengan intonasi yang betul, jadi ayat saya nampak sedikit kasar pada mula­nya sebab saya jenis yang suka berterus terang tanpa berlapik,” ujarnya.

Ujar Shariah Nur Ain, dia ke­mudian merancang strategi pembelajaran apabila mengetahui kelemahan dirinya yang mudah hilang fokus.

“Saya buat sesi pembelajaran sendiri selama 20 minit sehari bagi setiap subjek sebelum kelas bermula. Dalam kelas, saya beri fokus sepenuhnya supaya saya tidak perlu lama mengulang kaji,” katanya.

Menurut Sharifah Nur Ain, dia tidak sangka usaha kecil itu akan membawa kepada perubahan yang bermakna.

“Keluarga sentiasa menyo­kong saya selain pensyarah, ko­ordinator program serta Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upa­ya UiTM,” katanya.

Kini dia melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat (Kepujian) Kejuruteraan Sistem Pintar (AI Engineering) di UiTM Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN