Gambar hiasan

Beg pakaian berisi mayat dijumpai di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Penemuan sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Dataran Lembah di sini hari ini, membawa kepada penemuan mayat dipercayai seorang wanita.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemukan orang awam yang kemudian memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis berhubung penemuan mayat itu pada pukul 4 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar kemudian segera diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, ketua operasi dimaklumkan pihak polis bahawa terdapat satu mayat berada di tengah sungai.

“Bagaimanapun, anggota bomba perlu menunggu sehingga pasukan forensik polis selesai menjalankan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sehingga kini anggota bomba masih melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN