Gambar hiasan

Ribut petir di Perak, Perlis dan Kedah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Perlis dan Kedah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kuala Kangsar) sehingga 3 petang ini.

“Selain itu, cuaca sama dijangka melanda negeri Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Kota Setar sehingga 4 petang nanti,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN