fbpx
Tun Ramli(tengah) menyerahkan bantuan pada Program Tautan Kasih One Hope Charity 2026 di PICCA @ Butterworth Arena, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Dasar kebajikan perlu bela rakyat P. Pinang kurang berkemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dasar kebajikan perlu terus diperkukuh bagi memastikan rakyat Pulau Pinang yang berdepan kesusahan dan kurang berkemampuan terus mendapat pembelaan serta tidak dipinggirkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, kebajikan rakyat merupakan antara tiga perkara yang perlu terus dipertahankan di negeri ini selain pembangunan ekonomi serta perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Katanya, pembangunan penting bagi memastikan kehidupan rakyat terus makmur, manakala kepelbagaian kaum, bahasa dan budaya pula menjadi kekuatan yang perlu dipelihara.

“Negeri kita harus menjadi sebuah negeri yang penuh kasih sayang. Sekiranya ada rakyat Pulau Pinang menghadapi kesusahan, kesukaran, musibah dalam kehidupan, maka perlu ada dasar-dasar kebajikan untuk mendukung dan menjaga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tautan Kasih One Hope Charity 2026 di PICCA @ Butterworth Arena yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ramli Ngah Talib di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau.

Steven berkata, pendekatan kebajikan yang dilaksanakan One Hope Charity turut mencerminkan semangat kasih sayang serta perpaduan masyarakat Pulau Pinang kerana bantuan diberikan tanpa mengira latar belakang penerima.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN