Gambar hiasan

‘Saya akan lindungi penjawat awam yang berdepan tekanan politik’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan melindungi mana-mana penjawat awam daripada sebarang tekanan susulan pertembungan politik semasa.

Beliau berkata, penjawat awam perlu terus melaksanakan amanah mengikut peraturan dan saluran perundangan yang betul tanpa mencampuradukkan urusan politik dengan pentadbiran kerajaan.

Tanpa menamakan pihak yang cuba memberi tekanan kepada penjawat awam itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam memastikan kakitangan kerajaan terus menjalankan tugas secara profesional.

“Saya juga tahu ada dalam kalangan anda yang mungkin telah dipanggil, berdepan tekanan susulan pertembungan politik ini tetapi percayalah selagi mana saya memegang amanah sebagai Menteri, setiap pegawai kementerian akan saya lindungi.

“Teruskan berkhidmat dan laksanakan tanggungjawab yang diberikan mengikut peraturan serta saluran perundangan yang betul.

“Tetapi percayalah, selagi saya berada di sini memegang amanah sebagai Menteri KKDW, saya beri jaminan setiap pegawai kementerian saya akan saya lindungi!.

“Saya lindungi kerana saya tidak mahu pegawai-pegawai saya ini terlibat di dalam politik. Tetapi menghadiri majlis tidak bererti mereka terlibat di dalam politik. Ini harus dibezakan oleh ketua yang atas di sana. Tak tahu siapa namanya, tetapi fahamilah perkara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN