fbpx
Anggota bomba sedang mengangkat mayat Ahmad Al Hafiz Asri di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun hari ini.

Pelajar Kolej Ketengah lemas di Sungai Loh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Kegembiraan sembilan rakan beriadah bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun, di sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 4.40 petang itu mengorbankan mangsa, Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad Kamarulzaman, 19, yang merupakan pelajar Kolej Ketengah di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah, Kamal Suhaimi Abdullah berkata, Ahmad Al Hafiz Asri yang merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan Islam berkunjung ke sungai itu untuk berkelah pada pukul 11 pagi.

“Mangsa dikatakan tidak timbul sebaik terjun ke dalam sungai tersebut. Rakan-rakannya yang panik cuba mencari di dalam sungai, tetapi gagal menjumpai mangsa sebelum meminta bantuan pasukan penyelamat,” katanya di sini semalam.

Kamal Suhaimi berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan di celahan batu kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa hilang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN