fbpx
Hussein menunjukkan kes rampasan dadah itu di IPK Selangor.  Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Punggah guni bongkar syabu, vape dadah RM20.74 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan mencurigakan dua lelaki memunggah guni ke dalam kenderaan membongkarkan sindiket pengedaran dadah termasuk katrij vape bernilai RM20.74 juta, minggu lalu.

Kedua-dua suspek tempatan berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan menerusi Ops Kalidasa di Jalan Kuala Selangor, Sungai Buloh pada 29 Julai lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan ke atas dua kenderaan suspek menemukan 21 guni plastik berisi 409 bungkusan ketulan dan serbuk kristal disyaki methamphetamine seberat 409.40 kilogram (kg).

“Polis kemudian melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Petaling Jaya. Pemeriksaan menemukan 900 katrij vape berisi cecair disyakiMDMA dengan isipadu 1.8 liter,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak Januari lalu dengan dua suspek berperanan sebagai ‘transporter’. Mereka juga disyaki positif THC dan memiliki rekod jenayah.

“Keseluruhan dadah dirampas bernilai RM20.74 juta. Mereka direman selama tujuh hari sehingga 5 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN