fbpx

DJI Matrice 4E dan DJI Terra Memetakan Jatuhan Ais Khumbu Semasa Musim Pendakian 2026 di Gunung Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kajian Kes Video Baharu Menunjukkan Bagaimana Teknologi Dron Canggih Menjadikan Pendakian Gunung Lebih Selamat 

SHENZHEN, China, 21 Julai 2026 /PRNewswire/ — DJI, peneraju global dalam teknologi dron awam dan kamera kreatif, hari ini mengeluarkan rakaman pengukuran berskala panjang baharu terhadap Jatuhan Ais Khumbu di Gunung Everest (Gunung Qomolangma). Dipersembahkan sebagai satu kajian kes video, syarikat dron Nepal, Airlift Technology, memaparkan operasi ukur dari udara mereka pada altitud melebihi 6,000 meter dan suhu di bawah -20°C. Aliran kerja tersebut melibatkan tiga komponen: pengumpulan data udara menggunakan DJI Matrice 4E, penjanaan model 3D menggunakan DJI Terra, serta analisis perbandingan sehari-hari. Dengan model 3D berketepatan tinggi ini, ‘Icefall Doctors’ dapat mengetahui lokasi setiap jurang glasier, sesaran permukaan dan bongkah ais glasier besar (serac) di antara Base Camp dan Camp 1 — sebelum menjejakkan kaki di atas ais.

DJI Matrice 4E and DJI Terra Map Khumbu Icefall During 2026 Climbing Season on Mount Everest
DJI Matrice 4E and DJI Terra Map Khumbu Icefall During 2026 Climbing Season on Mount Everest

"Dengan teknologi dron DJI, kami dapat mencipta model 3D Jatuhan Ais Khumbu yang dapat membantu Sherpa dan ‘Icefall Doctors’ mengesan jurang glasier serta merancang laluan — tanpa perlu mendaki jatuhan ais terlebih dahulu," kata Raj Bikram Maharjan, Ketua Pegawai Eksekutif Airlift Technology. "Setakat pengetahuan kami, ini merupakan penggunaan pertama seumpamanya di Nepal, dan berkemungkinan merupakan salah satu aplikasi operasi dunia sebenar yang pertama pada skala ini dalam persekitaran ekspedisi altitud tinggi."

Cabaran Glasier dalam Pengukuran Tradisional

Sebelum setiap musim pendakian, sekumpulan Sherpa yang dikenali sebagai "Icefall Doctors" akan meninjau rupa bumi dengan berjalan kaki, memasang tangga, mengikat tali serta menyediakan laluan yang akan digunakan oleh semua pendaki selepas itu. Bagi melaksanakan tugas ini, mereka perlu merentasi Base Camp (5,364 meter) dan Camp 1 (6,500 meter) Jatuhan Ais Khumbu yang dianggap sebagai bahagian paling berbahaya dalam pendakian Gunung Everest.

Memetakan Jatuhan Ais Khumbu Berbahaya dengan DJI Matrice 4E

Terbang di laluan penerbangan yang dirancang terlebih dahulu pada altitud melebihi 6,000 meter, Matrice 4E meninjau lebih 3 kilometer persegi kawasan Jatuhan Ais Khumbu dalam tempoh hanya 3.5 jam. Sistem pengimejan lima arah pada dron perusahaan yang kompak itu merakam imejan serong beresolusi tinggi struktur menegak kompleks pada jatuhan ais dalam satu penerbangan. Tiada sesiapa perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk memasuki kawasan tinjauan tersebut.

Membina Semula dan Memantau Pergerakan Glasier dengan DJI Terra

Data terkumpul diproses menggunakan DJI Terra bagi membina semula Jatuhan Ais Khumbu menjadi model 3D berketepatan tinggi dengan kejituan pada tahap sentimeter menggunakan teknologi pembinaan semula generasi akan datang termasuk 3D Gaussian Splatting. Model-model 3D ini kemudiannya dibandingkan mengikut tempoh masa yang berbeza bagi memberikan maklumat kepada ‘Icefall Doctors’ mengenai bagaimana bahagian ais tertentu telah bergerak antara kerja-kerja pengukuran, kawasan yang ketidakstabilannya semakin meningkat serta koridor yang masih cukup stabil untuk memasang tangga dan tali.

Data Lebih Pantas, Laluan Lebih Selamat dan Rekod Perubahan Jatuhan Ais
Aliran kerja yang sebelum ini memerlukan kerja-kerja pengukuran dengan berjalan kaki dalam keadaan berbahaya selama berminggu-minggu kini boleh disiapkan dalam tempoh sehari. Selain itu, ‘Icefall Doctors’ tidak lagi perlu memasuki kawasan jatuhan ais tanpa maklumat awal. Keupayaan ini terbukti amat penting sepanjang musim pendakian 2026. Dalam tempoh semalaman, satu kawasan serac berskala besar yang jarang berlaku terbentuk di seluruh jatuhan ais tersebut sehingga menutup semua laluan ke puncak. Ratusan pendaki terkandas di Base Camp. Mujurlah, ‘Icefall Doctors’ mampu membina semula laluan yang terhalang dan menyambung semula operasi dengan pantas menggunakan teknologi dron canggih DJI.

Selain aspek keselamatan pendakian gunung, keupayaan membina model jatuhan ais dengan cepat dan secara berulang kali turut menyediakan data yang amat tepat dan boleh diulang kepada saintis serta penyelidik alam sekitar bagi menjejaki perubahan jangka panjang. Pembinaan arkib digital ini akan terbukti menjadi amat penting apabila perubahan iklim mempercepat penipisan glasier.

Untuk menonton kajian kes video penuh, layari:
https://www.youtube.com/watch?v=vUYTzyZPbhk

Ketersediaan  

DJI Matrice 4E dan DJI Terra boleh dibeli melalui pengedar sah DJI Enterprise.

Ketahui lebih lanjut:
https://enterprise.dji.com/matrice-4-series
https://enterprise.dji.com/dji-terra

Latar Belakang DJI 

Sejak 2006, DJI menerajui dunia menerusi inovasi dron awam yang memperkasakan individu menerbangkan dron buat kali pertama, pemikir berwawasan merealisasikan imaginasi mereka dan golongan profesional mengubah sepenuhnya cara kerja mereka. Hari ini, DJI berusaha membina dunia yang lebih baik dengan terus mendorong kemajuan manusia. Dengan pendekatan pemikiran yang berorientasikan penyelesaian dan sifat ingin tahu yang tulen, DJI memperluas cita-citanya ke dalam bidang seperti tenaga boleh baharu, pertanian, keselamatan awam, pengukuran dan pemetaan serta pemeriksaan infrastruktur. Dalam setiap aplikasi, produk DJI memberikan pengalaman yang menambah nilai kepada kehidupan di seluruh dunia dengan cara yang lebih mendalam berbanding sebelum ini.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5007872_MS07872_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN