fbpx

‘Dulu saya nyanyi pun hauk, tapi menang tempat ketiga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Alumni program realiti, Talk To My Manager 1 (TTMM1) Oddah memohon agar netizen berhenti mengecam peserta musim kedua terutamanya, Ammara.

Menurut Oddah atau nama sebenarnya Auddra Zulkifly, 17, biarpun Ammara baru berusia 13 tahun, namun anak kepada Azad Jazmin dan Eira Syazira itu juga turut mempunyai perasaan.

“Sejujurnya saya rasa sangat kasihan dengan Ammara. Dia baru berusia 13 tahun dan menjadi antara peserta TTMM2 yang paling banyak dikecam.

“Netizen selalu bercakap tentang hentikan buli siber. Tetapi mereka sendiri yang membuli budak umur 13 tahun tanpa mereka sedar.

“Saya rasa netizen lebih tua daripada Ammara. Tetapi kenapa masih nak kecam budak? Tak malu ke?,” katanya kepada HibGlam.

Tambahnya, dia juga terbaca komen kononnya Ammara merupakan anak emas produksi TTMM2. Kata Oddah, setiap peserta TTMM dilayan sama rata sejak dari musim pertama lagui.

“Saya ada baca netizen tuduh Ammara sebagai anak emas TTMM2. Sebenarnya tiada siapa pun yang jadi anak emas. Kami semua dilayan sama rata.

“Sejak TTMM1 lagi semua sudah maklum macam mana format program ini. 60 peratus markah adalah untuk  manager (pengurus). Tak semestinya kena menyanyi dengan bagus. Mereka ingin melihat dari sudut kreativiti.

“Macam saya dulu menyanyi hauk juga. Sumbang sana sini. Tetapi tiba-tiba menang tempat ketiga. Itu kerana kreativiti ibu saya sebagai seorang ‘manager’. Dia berfikir di luar kotak,” jelasnya.

Oddah turut menitipkan kata-kata semangat kepada Ammara agar dia tidak berputus asa dan terus berjuang di pentas TTMM2.

“Ammara saya bangga dengan kamu. Kamu sudah lakukan yang terbaik. Jangan pernah putus asa. Insya-Allah ada rezeki untuk Ammara. Terus lakukan perkara baik. Saya sayang kamu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN