fbpx
KUDA poni diselamatkan selepas orang ramai melihatnya terperangkap di dalam tayar. - ACN / RSPCA

Kuda poni buat perangai, sangkut dalam tayar traktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seekor kuda poni (kuda kecil ) berdepan detik cemas selepas ditemui terperangkap sepenuhnya di dalam sebuah tayar traktor, lapor laman berita THE Sun UK.

Penduduk tempatan di bandar Stoke-on-Trent menyedari kehadiran kuda poni tersebut dan segera menghubungi pasukan penyelamat haiwan. 

Pihak penyelamat kemudiannya menemui tayar itu dalam keadaan terbaring di atas tanah, dengan kuda poni  tersebut berada di dalamnya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian membantu mengangkat tayar tersebut, manakala pakar daripada pihak Persatuan Diraja untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (RSPCA) perlahan-lahan mengeluarkan kuda poni jantan itu. 

Pegawai Penyelamat Haiwan, Nicola Riley, telah dipanggil ke lokasi kejadian selepas timbul kebimbangan mengenai seekor kuda poni yang terperangkap sepenuhnya di dalam sebuah tayar traktor besar yang terbaring di atas padang.

Apabila Riley tiba, kuda poni itu terperangkap di dalam tayar tersebut dan tidak mampu membebaskan dirinya sendiri.

“Bulu-bulunya sangat kusut dan kotor, dan walaupun dia masih bernafas, dia jelas berada dalam keadaan trauma dan tertekan.

 “Ia merupakan satu operasi menyelamat yang sangat rumit,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN