fbpx
ALONSO (kanan) belum memberi kata putus kepada Chelsea berhubung tawaran menjadi pengurus pasukan itu. – AFP

EPL: Alonso tangguh keputusan, tunggu tawaran dari Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea mungkin terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih Real Mad­rid, Xabi Alonso sebagai pe­ngurus baharu apabila legenda Sepanyol itu dikatakan sedang bermain ‘tarik tali’.

Difahamkan, Alonso masih melengah-lengahkan masa untuk membuat keputusan kerana sedang memantau perkemba­ngan semasa situasi di Liverpool berhubung masa depan pengurus pasukan itu, Arne Slot.

Walaupun dikatakan Slot akan kekal mengemudi The Reds pada saingan musim depan, namun Alonso yang juga bekas pemain pasukan itu sedia untuk menunggu sama ada keadaan itu akan berubah ataupun tidak.

Alonso dianggap sebagai pilihan utama untuk mengisi kekosongan sebagai pengurus baharu Chelsea, namun perkembangan semasa mungkin memaksa pengurusan ter­tinggi The Blues mula mencari alternatif lain.

Chelsea dikatakan mahu memuktamadkan pelantikan pe­ngurus baharu sebelum sai­ngan Piala Dunia 2026 membuka tirainya bagi membolehkan pa­sukan mula melakukan perancangan untuk saingan musim depan.

Berdasarkan laporan media di England, wakil Alonso sudah pun bertemu bagi mengadakan perbincangan bersama Chelsea selain sudah meletakkan beberapa syarat untuk mengambil alih juara Eropah dua kali itu.

Sementara itu, beberapa pihak mendakwa pengendali berusia 45 tahun itu mungkin sudah bergelar pengurus Chelsea sekiranya beliau tidak menjadikan Liverpool sebagai salah satu pilihan utama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN