fbpx
Vijay

Vijay komited perkukuh perkukuh hubungan dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Menteri baharu Tamil Nadu, Vijay menzahirkan penghargaan terhadap ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di media sosial.

Menerusi perkongsian di platform X, Vijay berkata, beliau berbesar hati menerima ucapan tersebut selain beriltizam memperkukuh hubungan persahabatan antara Tamil Nadu dan Malaysia.

“Berbesar hati menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Malaysia.

“Terima kasih atas penghargaan ini. Saya komited untuk memperkukuh kerjasama dan mengeratkan hubungan persahabatan antara Tamil Nadu dan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Anwar menerusi hantaran di X mengucapkan tahniah kepada Vijay atas pelantikannya sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu.

Menurut Anwar, rakyat Tamil Nadu kini meletakkan kepercayaan kepada Vijay untuk memimpin negeri berkenaan ke arah masa depan yang lebih baik.

“Selama bertahun-tahun, para peminatnya menyaksikan beliau menewaskan ahli politik korup dan penjahat dalam filem dalam tempoh tiga jam.

“Kini rakyat Tamil Nadu telah mengamanahkan beliau untuk melakukannya dalam dunia sebenar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN