fbpx

Tak ada gangguan, Viviana cuma tak sihat – Ani Mayuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Langsung tak ada.”

Demikian komen ringkas penyanyi Ani Mayuni mengenai video tular memperlihatkan tindakan usahawan Datuk Seri Vida melakukan proses rawatan terhadap anaknya, Vivivana yang kurang sihat.

Pada masa sama, Ani atau sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 48, sedar masalah kesihatan dialami Viviana menjejaskan prestasi nyanyian anaknya pada konsert Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), kelmarin.

“Semua sedia maklum Viviana tak sihat, kalau perasan menyanyi pun agak sengau.

“Lagu pula laju dan kena ada lenggok. Mana nak curi nafas, hidung tersumbat lagi, itu yang ganggu sistem badan serta akan banyak fikir.

“Dia tahu kesilapan dia, kira juri tak buat kerja salah. Kita sedar ada kesalahan,” ujarnya usai konsert TTMM2.

Pelantun lagu Terang Bulan itu menjelaskan keadaan kesihatan anaknya yang lambat pulih adalah disebabkan faktor keletihan dan jadual kerja yang terlalu padat, bukannya berpunca daripada perkara halus seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tak (gangguan mistik), kalau kita ada masalah selsema dan batuk belum tentu seminggu boleh baik. Bukan tak ambil suntikan, sudah.

“Mungkin jadual kita setiap hari (padat), benda itu lagi lambat baik tapi dia buat persembahan sehabis baik,” jelasnya.

Sementara itu, Viviana enggan menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik di atas pentas TTMM2.

“Bagi saya masalah kesihatan ini kita tak boleh jangka. Tapi saya tak boleh cakap sakit boleh jadikan sebagai alasan.

“Saya sendiri yang tanda tangan kontrak untuk sertai pertandingan. Tidak kira apa pun terjadi, saya kena buat yang terbaik atas pentas.

“Prestasi memang ada naik dan turun, kalau baik alhamdulillah. Tak baik datang dari saya sendiri,” ujarnya.

Pada minggu keempat TTMM2, Ani dan anaknya menjadi peserta yang menduduki tempat tiga tangga terbawah dengan markah sebanyak 71 peratus.

Sebelum ini, tular sebuah video menunjukkan Vida mengubati Viviana secara tradisional.

Dalam video terbabit, Vida dan Viviana kelihatan hampir termuntah dek kehadiran energi negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN