fbpx
MOHD. HISHAM (tengah) ketika ditemui media pada Majlis Ta'aruf Operasi Haji 2026 di Mekah, hari ini.

Muhsen ‘peneman’ jemaah Malaysia di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Perkhidmatan Muhsen merupakan nilai tambah baharu yang diperkenalkan agi membantu melancarkan urusan ibadah dan kebajikan jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

Perkhidmatan Muhseen diperkenalkan hasil kerjasama antara Tabung Haji (TH) dan Holiday Inn Bakkah bagi memperkukuh sokongan di lapangan khususnya ketika fasa kritikal di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, peranan Muhsen merangkumi bantuan pergerakan dan urusan ibadah di samping membantu jemaah membeli keperluan.
Katanya, satu aplikasi khas Muhsen telah dibangunkan dan boleh dimuat turun jemaah bagi mendapatkan pelbagai maklumat penting bagi memperkemas penyelarasan.

“Ini kali pertama Holiday Inn Bakkah dilantik sebagai syarikat pemberi perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia, saya melihat komitmen tinggi ditunjukkan termasuk nilai tambah menerusi perkhidmatan Muhsen yang julung kali diperkenalkan.

“Ini merupakan satu inisiatif dapat membantu jemaah haji khususnya dari segi pergerakan dan urusan ibadah, termasuk membantu kemasukan ke Raudah serta berada di penginapan bagi membantu keperluan jemaah,” katanya selepas ditemui Majlis Ta’aruf Operasi Haji 2026 di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hisham, di bawah Muhsen, seorang pembimbing ditugaskan memantau kira-kira 25 jemaah bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

Katanya, selain berada di kawasan penginapan, pembimbing Muhsen juga akan ditempatkan di kawasan Masyair serta bertindak sebagai pembimbing kepada bas yang membawa jemaah

Katanya, mereka juga terdiri daripada individu berlatar belakang Malaysia termasuk pelajar di Universiti Islam Madinah dan Universiti Umm Al-Qura yang fasih berbahasa Melayu serta Arab.

“Keupayaan berbahasa ini penting bagi membantu jemaah berkomunikasi dan memudahkan urusan harian mereka,” katanya.

Katanya, inisiatif berkenaan adalah usaha penambahbaikan memandangkan jumlah petugas haji sebelum ini terhad kepada satu peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah.

Namun katanya hasil pengiktirafan diterima TH melalui anugerah sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi meluluskan peningkatan kepada dua peratus.

“Tahun ini kita mempunyai seramai 632 petugas, bersamaan dua peratus daripada kuota jemaah haji negara, berbanding satu peratus sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran Muhsen merupakan pendekatan baharu bagi memastikan jemaah lebih dekat dengan sistem bantuan dan menerima layanan terbaik sepanjang berada di Tanah Suci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN