SUASANA persis zaman Laluan Sutera yang sibuk dengan aktiviti perdagangan antara tamadun dunia begitu meriah dan penuh warna, seolah-olah membawa para pengunjung kembali ke era kegemilangan perdagangan dunia. Setiap sudut sekolah dipenuhi gerai yang dihias secara kreatif, memaparkan budaya dan barangan dari pelbagai negara yang pernah menjadi sebahagian rangkaian perdagangan global suatu ketika dahulu. Pameran ini semakin hidup dengan bunyi perbualan serta penerangan para pelajar yang berinteraksi dengan pengunjung, menjadikan suasana seperti sebuah pasar antarabangsa yang sebenar. Di tengah-tengah suasana……














