fbpx
SELANGOR sedia bangkit untuk menewaskan Kuching City di tempat lawan seterusnya mengesahkan tempat ke final Piala Malaysia.

Piala Malaysia: Selangor yakin tempah slot final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon optimis pasukannya mampu bangkit daripada kekecewaan dalam misi menempah slot final Piala Malaysia pada menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Negeri, malam ini.

Skuad Gergasi Merah ketika ini tidak berada pada tahap terbaik selepas mempamerkan aksi ‘yo-yo’ pada dua perlawanan terakhir selepas seri 1-1 ketika bertemu The Cats pada aksi separuh akhir pertama selain diikat Sabah FC dalam aksi Liga Super, minggu lalu.

Pan-gon menegaskan pasukan perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal jika berhasrat untuk melangkah ke final menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan depan.

Pan-gon berkata, beberapa kelemahan yang dikenalkan pasti sebelum ini perlu segera dibaiki dan fokus memburu keputusan positif ke atas skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu nanti.

“Pasukan akan mengharungi perlawanan yang penting dan kita perlu lupakan kekecewaan lepas. Saya mahu pemain bangkit dengan lebih kuat kerana masih banyak ruang untuk diperbaiki.

“Ada beberapa kesilapan individu serta kombinasi yang tidak menjadi. Justeru, saya mahu perkara ini diperbaiki pada aksi akan datang. Berdasarkan perlawanan lepas, saya percaya peluang kami lebih cerah kerana prestasi kami lebih baik,” katanya.

Sejak membimbing pasukan pada Januari lepas, Pan-gon masih kekalkan dengan rekod 15 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan yang diharungi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN