FENOMENA K-pop membabitkan muzik, filem dan drama Korea di media massa serta sosial bukan sahaja menyebabkan pelakon dan karyawan dari negara tersebut diminati. Malah, ia turut memberi kesan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti makanan dan aktiviti pelancongan. Salah satu produk makanan popular dari negara tersebut adalah kimchi yang menjadi antara hidangan popular masyarakat Malaysia ketika ini. Oleh kerana minat kepada K-pop dilihat mempunyai nilai komersial, usahawan tempatan mula mengambil peluang untuk memasarkan kimchi buatan tempatan untuk pasaran domestik. Untuk makluman,……














