fbpx
LIVERPOOL gagal keluar dari detik sukar apabila berdepan satu lagi kekalahan ketika tewas kepada PSG awal pagi semalam. - AFP

UCL: Titik paling rendah Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Pengendali Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya berada pada titik terendah untuk selepas tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, dua gol daripada Desire Doue dan Khvicha Kvaratskhelia memberikan kelebihan selesa buat PSG, manakala The Reds pula dilihat bergelut sepanjang perlawanan tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gol.

Menurut Slot, pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar dan lebih banyak bertahan sehingga terpaksa menggunakan taktikal lima pertahanan dalam kesebelasan utama untuk elak daripada dibocori lebih banyak gol.

“Kami berada dalam mod bertahan untuk sebahagian besar perlawanan. Jelas, di atas padang PSG adalah pasukan yang lebih baik, tetapi kami tidak mengalah dan itu sebabnya kami masih ada peluang.

“Dalam tempoh 20 hingga 25 minit terakhir, Liverpool hanya fokus bertahan kerana ketika itu, ia bukan lagi soal mencari gol. Kami hanya cuba untuk terus kekal dalam saingan,” katanya.

Dalam masa sama, Slot mengakui pasukannya bernasib baik kerana tidak dibolosi lebih banyak gol selain memuji impak penjaga gol, Giorgi Mamardashvili yang menafikan beberapa peluang keemasan lawan.

“Jika lihat keseluruhan perlawanan, kami sepatutnya bernasib baik hanya kalah 0-2. Impak Mamardashvili sangat penting kerana bila kami perlukan, dia sentiasa ada untuk selamatkan keadaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN