fbpx
Muhammad Hassan. Foto IHSAN PDRM

Polis buru banduan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Polis giat memburu seorang tahanan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu semalam sebelum operasi mengesan banduan tersebut segera dilancarkan.

Katanya, tahanan tersebut, Muhammad Hassan, 24, menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat, Seksyen 392 kanun sama bagi kesalahan merompak dan kesalahan imigresen.

“Banduan tersebut kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang awam supaya lebih berwaspada kerana lelaki tersebut mempunyai rekod kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin menerusi 016-5661597.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada masa sama, orang awam diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN