fbpx
Pegawai polis berada di lokasi kejadian samun kedua sedang melakukan soal siasat.

Dua kes samun bersenjata dalam tempoh sehari di Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Dua kejadian samun bersenjata dilaporkan berlaku di daerah ini dalam tempoh tidak sampai 24 jam semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kes pertama berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi di sebuah premis serbaneka 24 jam di Bandar Baru Nilai.

“Siasatan awal mendapati dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal melakukan samun dengan seorang daripada mereka yang bersenjatakan pisau mengugut mangsa lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an.

“Seorang lagi suspek mengambil wang tunai RM600 dan beberapa karton rokok sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian kedua pada pukul 9.48 malam di kawasan Rumah Rakyat Nilai, tiga lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan bersenjatakan parang mengugut seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 50-an.

“Suspek melarikan wang tunai, kad bank dan barang kemas dengan kerugian lebih RM2,000. Mangsa mengalami kecederaan ringan pada jari ketika cuba mempertahankan beg miliknya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN