PUTRAJAYA – Meskipun sering dipandang dengan pelbagai persepsi disebabkan keadaan fizikalnya, anak kelahiran Kelantan ini berjaya melakar sejarah apabila muncul sebagai wanita orang kurang upaya (OKU) pertama dilantik menjawat jawatan tinggi perkhidmatan awam. Lebih membanggakan, Nik Zalbiha Nik Mat, 59, bukan sahaja mampu memecah stereotaip terhadap golongan OKU, malah memikul amanah besar memimpin lebih 500 kakitangan dan pegawai selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara pada Jun tahun lalu. Menurut Nik Zalbiha, perjalanan beliau menjawat jawatan utama dalam perkhidmatan…














