fbpx
Sikap berani rakyat Iran mencuri perhatian dunia apabila mereka dilihat kekal tenang meskipun berdepan ancaman terhadap negara mereka.

[VIDEO] Hebat betul rakyat Iran, tiada rasa takut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap berani rakyat Iran mencuri perhatian dunia apabila mereka dilihat kekal tenang meskipun berdepan ancaman terhadap negara mereka.

Melalui sebuah hantaran di Threads, keadaan di Bushehr, bandar yang menempatkan loji tenaga nuklear utama Iran, penduduk dilaporkan tidak panik.

Selain itu, terdapat beberapa video memaparkan orang ramai kekal tenang menanti di jalan-jalan raya menunjukkan solidariti mereka walaupun kawasan itu diancam untuk diserang oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Perkongsian video tersebut terus meraih perhatian ramai yang kagum dengan keberanian rakyat Iran yang disifatkan tidak gentar walaupun berdepan tekanan luar.

“Dorang sepakat, tu yang membawa muafakat & berkat. Tapi sememangnya salute keberanian rakyat Iran,” kata Zafry.

“Iran, kamu telah menunjukkan kepada dunia bahawa kamu adalah sebuah negara yang dibina secara berbeza. Kekal kuat, dan semoga Allah sentiasa melindungi Iran dan rakyatnya. Malaysia berdiri bersamamu,” kata Alia.

Semalam Trump, memberi amaran bahawa seluruh tamadun Iran akan musnah tengah malam tadi sekiranya negara itu tidak mematuhi amaran terakhir beliau untuk menerimabeliau sebelum ini sudah menekankan bahawa tentera AS mampu mengebom jambatan, loji janakuasa dan infrastruktur awam lain di Iran sehingga ‘kembali ke zaman batu’. tuntutan perang AS.

Trump sebelum ini menggugut bahawa tentera AS mampu mengebom jambatan, loji janakuasa dan infrastruktur awam lain di Iran sehingga ‘kembali ke zaman batu’.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN