SHAH ALAM – Dua lelaki mengakui hidup mereka bahagia berkahwin lebih daripada seorang wanita dengan kesemuanya saling menghormati dan memahami peranan masing-masing. Bagi seorang peguam, Abdul Syaheed Ismail, 44, dia membina kehidupan bersama empat isterinya iaitu Hanisah Mohamad Hadzir, 44, Umun Najwah Hussin, 43, Haryani Ithnen, 49, dan Nor Sabariah Mansor, 38. Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga dengan isteri pertama, Hanisah pada 2004 selepas mengenali rapat ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. “Selepas itu, saya menikahi Umun Najwah…














