fbpx
Haaland (kiri) berjaya meledak hatrik pada aksi suku akhir Piala FA, sebentar tadi.

Piala FA: Manchester City mudah ‘belasah’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila mudah menewaskan Liverpool 4-0 dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, ketiadaan Pep Guardiola yang menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton akibat penggantungan langsung tidak menjejaskan rentak permainan tuan rumah yang mendominasi saingan daripada awal.

Aksi bermula rancak dengan The Reds yang dibimbing Arne Slot terlebih dahulu mencipta peluang, namun kegagalan Mohamed Salah menyempurnakan peluang keemasan ketika situasi satu lawan satu melunturkan motivasi pasukan pelawat.

City membuka tirai jaringan pada minit ke-39 selepas Virgil van Dijk menjatuhkan Nico O’Reilly dalam kotak penalti sebelum Erling Haaland tenang menyempurnakan sepakan.

Penyerang antarabangsa Norway itu sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring untuk meletakkan City selesa 2-0 menerusi tandukan pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, City terus mengganas apabila Antoine Semenyo menambah jaringan ketiga hasil gerakan menarik pada minit-50.

Momentum cemerlang diteruskan apabila Haaland melengkapkan jaringan hatrik menerusi serangan cantik yang disudahkan berselang lapan minit kemudian.

Liverpool terus hampa apabila sepakan penalti Salah diselamatkan penjaga gol James Trafford dengan keputusan 4-0 kekal hingga wisel penamat sekali gus mengesahkan kemaraan City ke pentas separuh akhir Piala FA musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN