fbpx
Keadaan pencemaran Sungai Marong berhampiran Kampung Lakai, di sini, semalam, disedari oleh nelayan darat.

Sungai Marong tercemar, 50kg ikan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Pelbagai jenis ikan seberat 50 kilogram (kg) mati ekoran pencemaran Sungai Marong berhampiran Kampung Lakai, di sini semalam.

Ketua Daerah Perikanan Jelebu, Mohd. Azhar Jusoh berkata, pihaknya menerima aduan daripada nelayan darat melalui aplikasi WhatsApp sebelum segera ke lokasi tersebut.

“Pemerhatian mendapati air sungai berwarna hitam dan berbuih. Ada ikan mati antaranya baung, sengat/ngae ngae, terubol dan masai. Sekiranya cuaca tidak hujan, dikhuatiri lebih banyak lagi ikan akan mati.

“Pegawai Cawangan Biosekuriti Jabatan Perikanan Negeri hadir ke lokasi kejadian dan mendapati oksigen terlarut (DO) rendah menyebabkan berlakunya insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, sampel air sungai dan ikan diambil untuk dihantar ke Makmal Biosekuriti Perikanan KLIA bagi mengetahui punca sebenar kematian. Satu laporan berhubung kejadian itu turut dibuat di Balai Polis Kuala Klawang di sini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN