fbpx

Pameran Hadiah Malaysia 2026 Ke-16 Dengan Rasmi Telah Dilancarkan; Bakal menjadi Edisi Terbesar Setakat Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 April 2026 /PRNewswire/ — Pameran Hadiah Malaysia Ke-16 (Malaysia Gifts Fair 2026) secara rasmi telah membuka tirainya hari ini di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South, menandakan permulaan persiapan untuk pameran industri hadiah dan barangan premium terbesar Malaysia.

Pameran Hadiah Malaysia 2026 Dilancarkan Secara Rasmi — Lebih Besar, Lebih Meriah, Lebih Berimpak.
Pameran Hadiah Malaysia 2026 Dilancarkan Secara Rasmi — Lebih Besar, Lebih Meriah, Lebih Berimpak.

Dianjurkan oleh Persatuan Hadiah dan Premium Malaysia (MGPA), edisi terbaharu inibakal menjadi yang terbesar dan paling komprehensif dalam sejarah pameran, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab utama sumber hadiah dan barangan premium di rantau ASEAN.

President MGPA, Encik Ivan Loo, menekankan tentang perubahan landskap dalam industri pemberian hadiah, di mana perniagaan kini lebih menitikberatkan nilai, kelestarian, dan tahap relevan sesuatu jenama. Beliau menekankan yang hadiah dan barangan premium kini memainkan peranan yang strategik dalam mengukuhkan penjenamaan, pengiktirafan para pekerja, dan kesetiaan para pelanggan.

Beliau turut berkongsi kemajuan dalam automasi, penyesuaian, dan integrasi digital kini mentransformasikan amalan pembuatan serta sumber bekalan. Di samping impak komersialnya, pameran ini akan terus memperkukuh ekosistem luas PKS danpihak-pihak dalam industri, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau.

Tema tahun 2026, "Mendefinisikan Pemberian Hadiah Yang Lestari Demi Masa Hadapan" mencerminkan kesungguhan komitmen industri terhadap sumber secara berhemah, penghasilan beretika, serta kelestarian berterusan.

Pengerusi Penganjur, En. Alex Chai, berkongsi yang edisi ke-15 pada tahun 2025 telah berjaya mencapai lebih RM50 juta dalam nilai niaga, menarik 14,623 para pembeli dan pelawat, bersama-bersama 147 pempamer dan sekitar 301 tapak. Pameran ini turut mendapat pengiktirafan, antaranya dalam Malaysia Book of Records (2023) dan ASEAN Records (2025).

Edisi akan datang ini dijangka menarik lebih 16,000 pengunjung dan akan diperluas ke empat dewan pameran (Dewan 1–4) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia akan menampilkan lebih 400 gerai merangkumi 10 kategori produk, termasuk hadiah lestari, produk yang diperibadikan, percetakan, pembungkusan, cenderamata, dan mesin dengan nilai tambah.

Penyertaan antarabangsa turut dijangka meningkat, sekali gus memperkukuhkan kepentingan Malaysia sebagai hab ke pasaran ASEAN.

Pameran tahun ini turut mencatat pertambahan penyertaan antarabangsa, melibatkan pempamer dari Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong SAR, Taiwan region, Korea, India dan Bangladesh yang membawa negara terpilih serta peluang perolehan global, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai gerbang ke pasaran ASEAN.

Majlis pelancaran rasmi turut merangkumi sesi taklimat Geran Pembangunan Pasaran (MDG), menyediakan panduan berguna kepada pempamer tentang sokongan pembiayaan untuk memperluas capaian pasaran mereka.

Pameran Hadiah Malaysia ke-16 2026 akan berlangsung dari 30 Jun hingga 2 Julai 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, menawarkan peluang perniagaan yang lebih luas, hubungan serantau yang lebih kukuh, serta fokus baharu terhadap penyelesaian hadiah lestari dan inovatif untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.malaysiagiftsfair.com.my

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4924560_MS24560_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI