BARU-baru ini AirAsia mengumumkan laluan Kota Bharu ke Jakarta, Indonesia. Pengenalan laluan baharu dengan empat penerbangan mingguan bermula 16 Jun ini dilihat mampu merancakkan sektor pelancongan di Pantai Timur. Inisiatif itu menyokong matlamat Kelantan untuk menarik seramai 12 juta pelancong domestik dan antarabangsa tahun ini. Penerbangan secara terus itu juga selari dengan sasaran 4.6 juta pelawat dari negara tersebut menerusi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. Kota Bharu dan Jakarta secara semula jadinya dikenali melalui warisan budaya Melayu merangkumi Islam selain…














