fbpx
RAMAI tuan rumah menempah khidmat katering bagi menjamu tetamu yang hadir ke rumah pada Aidilfitri kali ini.

Tauke katering tolak tempahan, tak menang tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Musim pera­yaan Aidilfitri memberi limpahan rezeki buat pengusaha katering dan penjual menu tradisional apabila mereka tidak menang tangan menerima ribuan tempahan bermula 1 Syawal.

Malah, terdapat pengusaha terbabit terpaksa menolak tempahan sejak bulan lalu meskipun ia peluang untuk mereka mendapat untung berganda.

Pengusaha Katering Seri Vistana, Ahmad Yani Ismail berkata, lebih 2,000 pelanggan telah membuat tempahan menu bersama hidangan 50 ekor kam­bing golek bermula hari raya pertama sehingga raya ketiga.

Ujarnya, sambutan kali ini agak luar biasa memandangkan berlaku pening­katan jumlah pe­langgan berbanding tahun lalu.

“Saya pun hairan, kali ini sampai tak menang tangan dan ada yang kami terpaksa tolak tempahan kerana tak sanggup ambil terlalu banyak disebabkan hendak jaga kualiti makanan.

“Untuk hari raya pertama sahaja, kami perlu sediakan tempahan juadah untuk 600 buah rumah diikuti raya kedua sebanyak 450 kediaman. Nasi beriani dengan ayam masak merah dan kambing golek menjadi menu pilihan popular tahun ini selain ketupat, lemang dan rendang.

“Saya lihat ramai tuan rumah lebih memilih menempah makanan katering untuk disajikan kepada tetamu yang bertandang berbanding menyediakan sendiri di rumah,” katanya kepada ­Kosmo! baru-baru ini.

Katanya, dia tidak menyangka hal tersebut memandangkan jum­lah tempahan pada tahun-tahun sebelum ini tidak sebanyak seperti tahun ini.

“Kali ini, mungkin tuan rumah sudah tidak mahu lagi renyah atau bergelut di dapur dan tak perlu memasak berkali-kali.

“Pelanggan juga sanggup keluar wang banyak untuk raikan tetamu. Saya dimaklumkan ada pelanggan menyimpan wang sejak Aidilfitri tahun lalu semata-mata untuk tempahan katering tahun ini,” tambahnya.

Sementara itu, penjual ketupat palas, Nor Azura Dahlan berkata, Aidilfitri tahun ini sememangnya memberi rezeki berganda buatnya dalam mengusahakan juadah tradisi hari raya.

“Tahun ini, sambutan terhadap ketupat palas saya sangat memberangsangkan apabila kira-kira 300 kilogram tempahan di­terima sejak Disember 2025. Saya terpaksa tutup tempahan sejak 10 Ramadan terakhir.

Memang, Aidilfitri tahun ini memberi rezeki berlipat ganda buat kami.

“Kira-kira 100 pelanggan mem­buat tempahan ketupat sejuk beku dan siap untuk dimakan kali ini. Memang tidak sangka berlaku peningkatan untuk tempahan ketupat lemak kosong, jagung, kacang dan pulut hitam termasuk rendang ayam serta daging,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN