fbpx
JDT mengesahkan kejayaan muncul juara Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut musim ini biarpun perlawanan masih berbaki lima perlawanan. FB JOHOR SOUTHERN TIGER

JDT mula idam rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJAYAAN untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke 12 berturut-turut meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di landasan tepat untuk memecahkan rekod dunia.

JDT kini hanya dipisahkan oleh PFC Ludogorets dari Bulgaria yang masih lagi aktif bergelar juara liga sebanyak 14 kali, manakala rekod rekod sepanjang zaman milik kelab Vanuatu, Tafea FC (15 kali).

“JDT kini hanya dipisahkan oleh PFC Ludogorets dari Bulgaria (14 kali) bagi siri aktif, serta rekod sepanjang zaman milik Tafea FC dari Vanuatu (15 kali).

“Kejayaan ini membuktikan dominasi mutlak JDT yang kini berada di landasan tepat untuk memecahkan rekod dunia, sekaligus meletakkan nama Johor dan Malaysia di puncak peta bola sepak antarabangsa. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas JDT menerusi perkongsian di Faceebok rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.

JDT yang akan menentang PDRM FC, malam ini berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke 12 berturut-turut sejak 2014 selepas menewaskan kelab Brunei, DPMM FC 3-0, Ahad lalu.

Pencapaian itu juga menyaksikan Harimau Selatan kini sudah pun mengatasi kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang pernah merekodkan 11 kejuaraan berturut-turut.

“Dalam statistik sepanjang zaman termasuk rekod siri yang telah tamat, JDT secara rasmi berada di kelompok 10 terbaik dunia.

“Rekod 12 kejuaraan berturut-turut Liga Super Malaysia ini membolehkan JDT memintas pencapaian kelab gergasi Eropah seperti Bayern Munich (Jerman) yang pernah memegang rekod 11 kejuaraan berturut-turut,” menurut perkongsian itu lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI