PETALING JAYA – Sebahagian peniaga berlesen masih berani menjual mercun haram yang berbahaya seperti mercun bola, roket, papan dan bateri yang mendapat permintaan tinggi secara ‘sorok-sorok’ demi mengaut keuntungan lumayan. Di atas meja jualan, mereka mempamerkan bunga api serta mercun berimpak rendah yang dibenarkan sahaja seperti Pop Pop dan jenis Happy Boom, namun di sebalik itu, mercun terlarang disimpan secara tersembunyi. Mercun terlarang itu hanya dijual kepada pelanggan tetap atau sesiapa yang menunjukkan minat untuk membelinya dan mereka perlu menghantar…














