SEREMBAN – Sebuah keluarga berdepan ujian getir apabila terpaksa menjadikan keretanya sebagai ‘rumah’ untuk berlindung selepas tidak mampu membayar sewa rumah akibat hilang punca pendapatan. Lebih menyedihkan keadaan itu berlaku pada bulan Ramadan dengan lima beranak berkenaan terpaksa tinggal di dalam kereta selama lima hari. Menurut bapa kepada tiga anak yang ingin dikenali sebagai Mohd., 33, dia tidak mempunyai pilihan lain selepas diberhentikan kerja awal Mac lalu setelah majikan mengetahui dirinya seorang bekas banduan. “Keadaan itu menyebabkan sumber pendapatan terjejas……














