SEBAGAI isteri, Mina (bukan nama sebenar) sememangnya mahukan seorang suami yang mampu membimbingnya menjadi mukmin yang mentaati segala perintah Allah SWT. Namun, apa diimpikan oleh Mina itu tidak berlaku seperti yang diharapkannya. Ini kerana, dia diuji apabila mendapat suami yang culas menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. “Saya dan suami mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing melanjutkan pengajian di menara gading. “Selepas tamat pengajian, dan masing-masing mendapat pekerjaan tetap, kami memutuskan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya yang kini berusia awal……














