fbpx
Abdul Karim (kiri) menyampaikan duit raya kepada sebahagian anak yatim pada majlis Iftar Perdana Satu di Hotel Permai, Kuala Terengganu semalam.

Aidilfitri: Bekalan air Terengganu cukup walau penggunaan naik 35%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) memberi jaminan bekalan air di negeri ini pada musim perayaan Aidilfitri minggu depan mencukupi biarpun penggunaan dijangka melonjak sehingga 35 peratus berikutan kepulangan perantau beraya.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut berkata, agensinya telah melakukan persiapan rapi bagi memastikan tekanan, kuantiti dan kualiti bekalan air dalam keadaan baik sepanjang musim perayaan tersebut.

“Kita menganggarkan kadar penggunaan air akan meningkat sekitar 20 hingga 30 peratus pada minggu pertama Aidilfitri malah biasanya melonjak sehingga 35 peratus pada sehari sebelum 1 Syawal.

“Begitupun, kita telah 110 peratus bersedia menerusi penggantian aset dan menaik taraf paip agihan yang dilakukan sejak tahun lalu.

“Ia termasuk sistem agihan ke rumah penduduk di 11 perkampungan yang sebelum ini dikategorikan sebagai hotspot (lokasi panas),” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Perdana Satu bersama Anak Yatim di sini malam tadi.

Abdul Karim berkata, projek menarik taraf aset bekalan air di bandar raya ini dan Kuala Nerus yang telah selesai sepenuhnya pada tahun lalu menggunakan peruntukan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM10 juta manakala kerja-kerja penggantian paip agihan lain dengan peruntukan dalaman Satu.

Beliau berkata, peruntukan dalaman itu menggunakan sebahagian besar pendapatan RM225 juta yang diperoleh pada tahun lalu.

“Pendapatan tahunan RM225 juta itu tertinggi dalam sejarah (penubuhan) Satu berikutan pelarasan tarif air pada Ogos tahun lalu. Kita pulangkan semula untuk manfaat pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI