fbpx
LIVERPOOL berdepan kekalahan kedua berturut-turut aksi di Rams Park menentang Galatasaray musim ini. - AFP

UCL: Liverpool terkena badi Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISTANBUL – Pengurus Liverpool, Arne Slot seakan menyalahkan faktor nasib hingga menyaksikan pasukannya tewas 0-1 kepada Galatasaray pada aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Slot berpendapat The Reds berdepan malang apabila jaringan pasukan itu dibatalkan oleh pengadil, namun tetap kekal yakin dapat memastikan kemenangan pada perlawanan kedua di Anfield.

“Kami mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol dan berjaya melakukannya, namun dibatalkan oleh VAR (Video Bantuan Pengadil). Saya gembira dengan skuad yang kami ada, tetapi ini bukan kali pertama kami tidak mampu menyudahkan peluang.

“Namun, seperti yang saya katakan ini baharu separuh perjalanan, masih ada aksi di Anfield dan kami perlu terus yakin. Saya percaya, nasib akan berpihak kepada kami (pada perlawanan kedua),” katanya.

Lebih perit, ini adalah kekalahan kedua The Reds di tempat lawan di gelanggang sama memandangkan Slot juga dipalit kecewa pada perlawanan pusingan awal, Oktober tahun lalu.

“Saya tidak fikir Galatasaray mempunyai banyak peluang di babak kedua, namun mereka memiliki pemain bagus yang pastinya akan sentiasa mencipta peluang. Mereka menjaringkan lima gol ketika bertemu Juventus di tempat sendiri, jadi itu sudah menyerlahkan kemampuan mereka.

“Penjaga gol mereka juga cukup cemerlang dan saya perlu berikan kredit bagaimana mereka memperoleh jaringan dan ketika bertahan. Perkara bagus selepas ini kami akan bermain di Anfield, bukan lagi di sini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN