INSIDEN tembakan terhadap Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 25 Februari lalu membuka mata banyak pihak mengenai tahap risiko sebenar yang dihadapi penguat kuasa di kawasan sempadan negara. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir yang sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh ditembak oleh dua suspek yang menaiki motosikal. Mangsa terselamat apabila dua das tembakan mengenai…














